Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanyakan khabar kepada peniaga ketika meninjau keadaan Pasar Dato' Keramat di Kuala Lumpur. Foto FATH RIZAL/PEJABAT PERDANA MENTERI, 26 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu peniaga-peniaga di medan selera  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini.

Perdana Menteri yang tiba jam 12.15 tengahari sempat menjamu selera di gerai makan Selera Ghu Kito.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Selepas menjamu selera, Anwar bertemu beberapa peniaga di medan selera tersebut.

Beliau dilihat menyapa beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera di beberapa gerai.

Anwar yang juga Menteri Kewangan kemudian ke Masjid Ibnu Mas’ud, Kampung Datuk Keramat untuk menunaikan solat Jumaat. – MalaysiaGazette