Mohd Rejab Md. Akhir

ALOR SETAR – Seorang perwakilan Dewan Ulamak Pas (DUP) Terengganu tampil membela Ketua DUP Kedah, Mohd Rejab Md. Akhir berhubung laungan ‘Jahanam PAN’ pada sesi perbahasan Muktamar Dewan Ulamak Pas Malaysia (DUPM) semalam.

Nik Nasri Nik Malek yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan hari ini berkata, apa yang difahamkannya laungan ‘Jahanam PAN’ bukan ditujukan kepada Parti Amanah Negara (PAN).

“Tidak… (laungan) tidak ada kena mengena dengan parti baharu. Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah (Mohd Rejab Md. Akhir) mengajak semua perwakilan berikrar kerana Allah.

“Ikrar kita adalah Rasul ikutan kami. Al-Quran perlembagaan kami,” katanya pada persidangan tahunan Pas peringkat DUPM di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, dekat sini, hari ini.

Semalam, Mohd Rejab ketika mengambil bahagian dalam perbahasan, mengajak perwakilan berdiri untuk sama-sama menyahut laungan “Jahanam PAN” dan diikuti takbir.

“Sebelum saya memulakan ucapan (perbahasan), saya minta semua berdiri, kita baca ikrar ‘Jahanam PAN’,” kata Mohd Rejab.

Setakat ini tidak ada sebarang reaksi daripada kepimpinan PAN berhubung laungan yang dianggap keras itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. biasanya orang munafik yang cakap lain didepan lain pula dibelakang. tapi bukan ulamak pas. dia orang baik2. islam

Tinggalkan Jawapan