Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi mendengar pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti HAram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM7 juta.

Maklumat di mahkamah hari ini mendapati kes Rosmah, 66, disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Rosmah akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – BERNAMA

Tinggalkan Jawapan