Wakil tunggal Pakatan Harapan (PH) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed muncul pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Wakil tunggal Pakatan Harapan (PH) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed muncul pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

KOTA BHARU – Wakil tunggal Pakatan Harapan (PH) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed muncul pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas itu tiba pada kira-kira 8.55 pagi dan sempat melambaikan tangan kepada wartawan dan jurugambar yang menunggu ketibaan beliau.

Mustapa yang juga Anggota Parlimen Jeli tidak menghadiri dua hari pertama persidangan DUN yang bermula pada Isnin, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jumaat lepas setelah bertindak keluar UMNO bulan lalu.

Susulan tindakan Mustapa itu, landskap DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi berubah dengan 37 kerusi dikuasai PAS, tujuh oleh Barisan Nasional dan satu PH.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan