Mohd. Ashraf Mustaqim
Mohd. Ashraf Mustaqim

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2019 membuktikan kerajaan cukup fokus demi membina masa hadapan yang asasnya bermula melalui pendidikan.

Exco Pendidikan ARMADA dan Exco Pendidikan PEMUDA Pakatan Harapan (PH), Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir, ia diterjemahkan apabila peruntukan kepada pendidikan ketara sebagai bajet terbesar berjumlah RM60.2 bilion iaitu 19.1 peratus dari keseluruhan kek belanjawan.

“Saya amat bersyukur dengan agihan kesaksamaan buat semua peringkat meliputi setiap warga dalam Malaysia ini adalah permulaan baik dalam memacu Malaysia Baru,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Ashraf Mustaqim, sebagai mewakili sebuah parti Melayu, agihan biasiswa sejumlah RM2 bilion dari keseluruhan RM3.8 bilion kepada MARA untuk anak Melayu dan bumiputera melanjutkan pengajian adalah imbuhan yang amat diraikan.

Beliau berharap anak Melayu dan bumiputera akan mengambil kesempatan memastikan kejayaan mengharumkan negara.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan