Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto. Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang UMNO-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu. - Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar nampak tegas apabila Rais Hussin membuat kenyataan terhadapnya namun ‘berlembut’ dengan Khairy Jamaluddin.

“Thank you, YB @Khairykj . You have been an inspiration from across the bench, since 2008. Can’t imagine Malaysia without your towering political footprint. Rooting for you, albeit as a mere MP now 😆 – but rooting nonetheless.”

Itu balasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kepada kenyataan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Terdahulu, Khairy dalam tweetnya memuji Nurul Izzah dan menganggap satu kehilangan besar sekiranya anak Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak kembali dalam politik.

Berbanding dengan kenyataan Rais Nurul Izzah menasihati Ketua Strategik Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Nurul Izzah itu berkata jangan pandai-pandai membuat kenyataan mewakili dirinya.

Nurul Izzah sebelum itu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR, Pengerusi PKR Pulau Pinang dan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh.

Dalam masa yang sama, Nurul Izzah juga mendedahkan sokongannya kepada Rafizi Ramli semasa bekas Ahli Parlimen Pandan itu menjadi calon Timbalan Presiden PKR semasa pemilihan parti.

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/17/keputusan-nurul-izzah-lebih-berprinsip-rafizi/

“Terima kasih, teman seperjuangan, @rafiziramli . Walau saudara tidak berjaya dalam pemilihan parti, saudara telah berjaya meyakinkan saya bahawa pilihan terbaik adalah mendokong saudara selaku calon Timbalan. Semoga Allah lindungi idealisme perjuangan kita bersama. Mara terus.” tulisnya.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/17/jangan-komen-mewakili-saya-nurul-izzah/