Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

BUKIT MERTAJAM – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin percaya kesejahteraan parti itu bergantung kepada kebijaksanaan presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemudi parti tersebut.

Katanya, beliau juga percaya Anwar mampu menangani masalah berhubung dakwaan kononnya akan berlaku pergolakan dan ketegangan dalam PKR berikutan ketidaksefahaman antara timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan naib presiden presiden, Rafizi Ramli.

“Kesejahteraan parti (PKR) terletak pada tangan Presiden (Anwar)…kalau presiden kata itu, itulah kesejahteraan parti maka itulah dia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti, di sini, hari ini.- BERNAMA