Kongsi
Peserta kejohanan Bowling bergambar kenangan selepas perasmian Kejohanan Bowling Jemputan Pertubuhan Nadi Sihat di Ampang Super Bowl, Ampang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 pasukan yang terdiri daripada pelbagai syarikat korporat, swasta, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan media telah menyertai Kejohanan Boling Jemputan Nadi Sihat yang diadakan di Ampang Point, Ahad lalu.

Kejohanan dengan kerjasama Permodalan RISDA Berhad dan Azlina Abdul Aziz & Associates disertai Hong Leong Bank , Azlina Aziz And Associates , Naza TTDI , Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), SME BANK , Hospital Ampang, Affin Bank Berhad , Utusan Malaysia dan MalaysiaGazette.

Turut adalah UDA Holdings Bhd, RTM, UMNO, Pergerakan Puteri UMNO, Permodalan RISDA Berhad, MN Associates Sdn. Bhd., Selangor Industrial Corporation, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Malaysia Building Society Bhd. (MBSB), Pasukan Khas Bomba Malaysia , Maybank Banking (MAYBANK) dan Hospital Ampang.

Kejohanan penuh sengit dan meriah menawarkan hadiah juara sebanyak RM1,000 dan pelbagai hadiah sampingan misteri untuk dimenangi.

Johan menjadi milik Permodalan Risda Berhad A manakala tempat kedua dimenangi PKNS.

SME Bank Bhd , Permodalan Risda Berhad B dan Utusan Malaysia masing masing mendapat tempat ketiga, kempat dan kelima.

Anugerah pasukan paling glamour dimenangi oleh Pergerakan Puteri UMNO Ampang manakala  jatuhan pin terbanyak individu dimenangi oleh Muhammad Jazli Idris dengan jumlah 442.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Nadi Sihat, Azlina Abd Aziz berucap pada Kejohanan Jemputan Pertubuhan Nadi Sihat di Ampang Super Bowl, Ampang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017
Timbalan Pengerusi Pertubuhan Nadi Sihat, Azlina Abd Aziz berucap pada Kejohanan Jemputan Pertubuhan Nadi Sihat di Ampang Super Bowl, Ampang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017

Sementara itu, menurut Timbalan Pengerusi Pertubuhan Nadi Sihat, Azlina Abdul Aziz, penganjuran itu bertujuan mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam mempromosi gaya hidup sihat.

“Selain itu, kejohanan ini diharap memberi ruang dan peluang kepada warga kerja dalam Parlimen Ampang untuk saling mengenali antara satu sama lain dan mewujudkan serta menambah jaringan rangkaian,” katanya.

Seorang peserta, Mohd. Hafiz Adris yang mewakili Hospital Ampang pula mencadangkan program seumpama itu dapat diteruskan pada akan datang.

Ini kerana dapat mengeratkan lagi kerjasama berpasukan dalam setiap jabatan dan pada masa sama juga dapat mengurangkan stress terhadap bebanan kerja seharian.

Tahun lalu, Nadi Sihat mencipta sejarah selepas berjaya melakukan tebaran bendera di puncak Gunung Kinabalu selain menawan Gunung Stong Kelantan serta aktif menganjurkan perlawanan persahabatan futsal dan aktiviti berbasikal.

Bagi mereka yang ingin menyertai program-program bertema kesihatan yang dianjurkan Nadi Sihat, bolehlah melayari laman Facebook Nadi Sihat atau menghubungi sekretariat mereka di talian 03-4265 3012. – MalaysiaGazette

Para peserta kejohanan bowling membuat balingan pada Kejohanan Bowling Jemputan Pertubuhan Nadi Sihat di Ampang Super Bowl, Ampang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017
Para peserta kejohanan bowling membuat balingan pada Kejohanan Bowling Jemputan Pertubuhan Nadi Sihat di Ampang Super Bowl, Ampang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017

 

Kongsi

Tinggalkan Jawapan