Zhang Jian sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa diri sebagai bakal orang paling kaya di dunia. Dia turut mendirikan papan iklan mengenai dakwaan itu di pelbagai tempat di Malaysia.

JOHOR BAHRU – Zhang Jian dari China yang dikaitkan dengan skim cepat kaya telah kembali ke Malaysia selepas “diusir” dari negara ini.

Zhang Jian sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa diri sebagai bakal orang paling kaya di dunia. Dia turut mendirikan papan iklan mengenai dakwaan itu di pelbagai tempat di Malaysia.

Selepas senyap seketika di bumi Malaysia apabila perniagaannya diisytiharkan sebagai haram, Zhiang Jian dilaporkan kembali ke Malaysia melalui perniagaan barangan kemas.

Seperti dengan amalan biasanya yang “berlebih-lebih”, perniagaan Zhang Jian menurut China Press telah menghabiskan RM165,000 untuk menaja cabutan bertuah dalam satu majlis makan malam kebajikan di Johor Bahru baru-baru ini.

Menurut jurucakap majlis, sebanyak RM30,000 juga berjaya dikumpulkan dan akan didermakan kepada 10 badan kebajikan di Johor.

Pihak berkuasa Malaysia telah menyerbu pejabat Yun Shu Mao milik Zhang Jian di Puchong, Selangor selepas mendapati perniagaan itu haram. Berikutan daripadanya, Zhang Jian telah senyap seketika di Malaysia.

Selain Malaysia, Zhang Jian pernah ditahan di Thailand dan juga dikehendaki oleh pihak berkuasa China.