Kongsi
Syed Saddiq di UK.

KUALA LUMPUR – Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dia ada hubungan cinta dengan anak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua sayap pemuda PPBM itu menafikan hubungannya dengan Mira Azmin dan menganggapnya sebagai fitnah.

“Saya dalam perjalanan saya ke Nottingham untuk berdialog bersama pelajar Malaysia di sana, saya dimaklumkan banyak media lawan aktif fitnah saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, fitnah saya pergi ke United Kingdom dan Perancis untuk bermadu kasih dengan Mira Azmin dianggap lucu.

“Mira Azmin dah terang terang di Penang-Selangor dan tak pernah jejak kaki di UK/France bersama dengan saya.

“Biar saya bantu pemfitnah di luar sana, kalau ada bukti sahih saya bermadu dengan Mira Azmin di UK/France sekarang ini, saya bersumpah akan beri segala harta kepunyaan saya kepada si pemfitnah,” katanya.

Syed Saddiq juga menafikan pemergiaannya ke luar negara ditanggung oleh Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan