Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan negeri.
Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan negeri.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya pilihan raya negeri itu diadakan lebih awal sebagai tidak relevan.

Katanya, tidak ada keperluan untuk beliau berbuat demikian kerana tempoh tamat penggal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan berakhir tidak lama lagi.

“Kenapa kita perlu adakan pilihan raya negeri lebih awal dari Persekutuan? Ini akan membazirkan wang rakyat. Lebih baik kita buat kerja yang lebih bermanfaat untuk rakyat,” katanya semalam.

Kelmarin, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyuarakan cadangan NGO itu kepada Mohamed Azmin supaya pilihan raya negeri lebih awal.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, jika SAMM mencadangkan perkara itu setahun lalu, beliau sedia berbincang kewajarannya.

“Saya tidak mahu menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dan saya mahu tumpu usaha meningkatkan perkhidmatan dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette