Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap pada sesi soal jawab sempena Majlis Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2017 di Malaysia International Trade & Exibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 MAC 2018.

KUALA LUMPUR – Tahun 2017 adalah tahun penyampaian dengan keputusan yang sangat memberangsangkan hasil insiatif kerajaan yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Nasional (NTP).

Ini dapat disaksikan melalui pelbagai perubahan yang telah berjaya diukir sepanjang lapan tahun pelaksanaannya.

Menurut Laporan Tahunan NTP 2017 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, Malaysia telah mencatatkan progres yang baik di dalam mencapai negara berpendapatan tinggi dengan Pendapatan Kasar Negara (PNK) per kapita mencecah AS$9,660 pada 2017.

Ini menjadikan jurang ambang batas pendapatan tinggi yang ditetapkan Bank Dunia tinggal 20 peratus lagi ketika ini berbanding 33 peratus ketika transformasi ekonomi NTP dimulakan pada 2010.

Tambah laporan tersebut, Malaysia telah mencatatkan PNK sebanyak RM1.32 trilion pada 2017 dengan 2.68 juta peluang pekerjaan baharu dibuka di antara 2011 sehingga 2017.

Sejumlah RM1.8 trilion pelaburan berjaya direkodkan pada 2011 sehingga 2017, mengatasi sasaran Halatuju NTP sebanyak RM1.4 trilion.

Menurut laporan tahunan itu, NTP telah mencapai satu hasil signifikan dalam ekonomi negara dengan menyumbang kepada penurunan kadar kemiskinan kepada 0.4 peratus setakat 2016 berbanding 3.8 peratus pada 2009 menerusi program seperti 1Azam di bawah NKRA Meningkatkan Standard Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah.

“Setakat akhir 2017, 1Azam telah berjaya menokok sekurang-kurangnya RM300 kepada pendapatan keseluruhan 100,420 individu atau 91 peratus daripada keseluruhan peserta yang dipantau.

“Secara keseluruhan rakyat Malaysia mengalami peningkatan pendapatan isi rumah di antara 2009 sehingga 2016 dengan penengah (mean) pendapatan isi rumah bulanan meningkat kepada RM6,958 pada 2016 berbanding RM4,025 pada 2009, mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompoun (CAGR) sebanyak 8.1 peratus,” kata laporan tersebut.

Kumpulan berpendapatan rendah (B40) merekodkan pertumbuhan pendapatan isi rumah tertinggi dalam kalangan strata pendapatan secara keseluruhan dengan penengah pendapatan isi rumah bulanan meningkat sebanyak 10.2 peratus kepada RM2,848 pada 2016 berbanding RM1,440 pada 2009. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. itu mudah je. naik lagi gst sampai 20% KDNK kita akan capai target tu . negara kita pun maju lah . rakyat merempat pun tak pe. janji negara maju. menteri mewah bolih bagi duit pada rakyat tiap bulan . mana yang kenal menteri lah . yang lain jangan harap

Comments are closed.