Dr. Maszlee Malik
Maszlee Malik yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan mendedahkan bahawa sesetengah orang yang lebih ekstrim dalam Islam telah melabelkannya sebagai "Islam liberal" dan "pro-Kristian" .

PETALING JAYA – Maszlee Malik yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan mendedahkan bahawa sesetengah orang yang lebih ekstrem dalam Islam telah melabelkannya sebagai “Islam liberal” dan “pro-Kristian”.

Mazlee yang memenangi kerusi Simpang Renggam dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 membuat pendedahan tersebut selepas sesetengah pihak dilaporkan melabelkannya sebagai “Islamis” .

Ketika ditanya Sinchew Daily mengenai label “Islamis” yang diberikan,  Maszlee berkata, ia merupakan usaha politik yang bertujuan mempermainkan sentimen agama dan kaum.

Beliau berkata, usaha ala Barisan Nasional (BN) itu bertujuan mengeruhkan hubungan kaum dan agama di Malaysia.

Maszlee berkata, label “Islamis” menimbulkan ketakutan orang ramai walaupun ada pihak lain yang melabelnya sebagai “Islam liberal” malahan “pro-Kristian” .

“Secara bandingannya, orang ramai lebih cenderung melihat saya sebagai seorang sarjana dalam agama Islam berbanding melihat kelayakan dan later belakang pendidikan saya,” katanya.

Maszlee berkata, beliau sebenarnya merupakan orang yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan tidak bersetuju dengan fahaman ekstrim malahan dirinya terlibat dalam usaha antipengganas.

Membesar dalam keluarga dan budaya Melayu, Maszlee mempunyai ibu keturunan Cina Hakka dan beliau juga mampu bertutur dalam bahasa Cina yang mudah.

Selain itu, beliau juga menguasai bahasa Arab moden dan klasik selain gemar menggunakan perkataan-perkataan Perancis dan Jerman yang mudah ketika berkomunikasi dengan ahli keluarga.

Dalam manifesto pilihan raya, Maszlee memperjuangkan pengurangan beban kerja cikgu, mengurangkan saiz kelas dan membebaskan guru daripada kerja-kerja perkeranian.

Pengumuman Maszlee sebagai Menteri Pendidikan mencetus perbincangan dengan peguam hak asasi, Siti Kasim berpendapat Maszlee tidak sesuai menerima jawatan itu kerana pendidikan masa ini sudah dipengaruhi secara kuat oleh agama.

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming bagaimanapun menyokong pelantikan Maszlee dan berpendapat orang ramai tidak harus melihatnya sebagai sarjana agama Islam semata-mata.