Tuesday, March 19, 2024
Home Nasional Zaini dilantik kali kedua KSU KPT

Zaini dilantik kali kedua KSU KPT

Zaini Ujang
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Zaini Ujang sekali lagi dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan memulakan tugas rasmi bermula hari ini.
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Mohamad Azhan Md Amir bersama-sama barisan pengurusan tertinggi kementerian itu.
KPT memaklumkan ini merupakan kali kedua Zaini menggalas jawatan sebagai KSU KPT selepas pertama kali dilantik pada 2013 hingga 2016.
Zaini, 59, pernah berkhidmat sebagai KSU di Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Alam Sekitar dan Air dan terakhir di Kementerian Kesihatan sebelum lantikan baharu itu.
Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar daripada Universiti Newcastle serta mempunyai kepakaran dalam bidang rawatan air dan sisa, beliau juga pernah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kelima dari 2008 hingga 2013. – MalaysiaGazette