G. Palanivel

Seramai 600 Ketua Cawangan MIC yang kembali semula menyertai parti dibawah kepimpinan Datuk Seri S. Subramaniam dikhuatiri meninggalkan MIC sekali lagi.

Sumber rapat akhbar Makkal Osai berkata, kesemua 600 orang itu pernah bersama kem bekas Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sebelum kembali semula ke pangkuan parti sebelum ini.

Menurut sumber akhbar itu, kini terdapat potensi kesemua pemimpin itu meninggalkan kepimpinan Subramaniam dan kembali ke pangkuan Palanivel yang juga Ahli Parlimen Bebas kawasan Cameron Highlands.

Terdapat dakwaan mereka, khususnya ketua-ketua cawangan yang baru menyertai kem Subramaniam tidak dihormati.

Menurut sumber, mereka dikatakan sudah membuat keputusan selepas merasakan diri mereka tidak selesa dan tidak diendahkan dalam parti itu.

Selain it, Ketua-ketua Cawangan juga didakwa merasakan tiada gunanya jika kepimpinan tertinggi menganggap parti boleh digerakkan dengan bergantung pada Ketua-ketua Bahagian sahaja.

Kem Palanivel hanya menuntut supaya Cawangan MIC yang lama dikembalikan kepada mereka.

Jika tidak, Palanivel dikatakan tetap dengan pendirian untuk menubuhkan sebuah parti baharu, Parti Kebangsaan India Malaysia (PKIM), dan tiada sesiapa yang boleh menghalang usahanya, menurut sumber itu lagi. – Makkal Osai