Othman Hashim (kiri) bersama Datuk Seri Hanifah Aman.

Tan Sri Othman Hashim bersara sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri pada hari ini apabila menamatkan tugas beliau pada pukul 4.30 petang.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, esok akan menandakan tamatnya perjalanan karier beliau bersama kementerian itu selama lebih dari tiga dekad.

Othman memulakan karier beliau sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1979 setelah menamatkan pengajian di Universiti Malaya.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah negara termasuk Romania, Switzerland dan China selain memegang jawatan duta di Republik Czech pada 2002 hingga 2005.

Beliau kemudian kembali bertugas di Putrajaya sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan dan seterusnya sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala.

Othman kemudian dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland pada 2009 hingga 2012, sebelum ditukarkan ke Washington sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat pada 2012.

Pada 1 September 2013 Othman dilantik sebagai Ketua Setiausaha, jawatan eksekutif tertinggi di Kementerian Luar
Negeri. – MalaysiaGazette