Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor. foto FB

KUALA LUMPUR – Aktor Sharnaaz Ahmad, 32, dan kekasihnya, Noor Nabila Mohd Noor, 33, bakal disatukan sebagai suami isteri apabila akan bernikah pada  31 Mac depan.

Majlis akad nikah Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad dengan Noor Nabila yang juga kakak kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa akan diadakan di kediaman wanita itu di Duta Troika di sini.

Sharnaaz dan Noor Nabila mengadakan majlis sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka itu di hari ini.

Majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga terdekat sahaja.

Majlis resepsi akan diadakan pada 2 April di Kuala Lumpur dan di sebelah keluarga lelaki pula akan diadakan pada 16 April di G Hotel, Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Pasangan kekasaih itu tidak mengadakan sebarang majlis pertunangan sebelum bernikah.

Terdahulu majlis merisik diadakan di kediaman wanita tersebut di sini pada 18 Disember 2016. – MalaysiaGazette