Pengasas Preloved Attack, Nabila Manan (dua kanan) dan Balqis Manan (kanan) menunjukkan antara pakaian terpakai yang dijual pada Program Jualan Amal untuk Tabung Pendidikan Yayasan Manan Amir, di PJS, Petaling Jaya, Selangor. foto MALAYSIA GAZETTE, 10 FEBRUARI 2017

PETALING JAYA – Jual dan ada salurkan keuntungan kepada tabung pendidikan.

Itu matlamat Preloved Attack yang diasaskan dua beradik Nabila Manan dan Balqis Manan.

Wanita berusia 27 dan 23 tahun itu mendedikasikan sebahagian keuntungan syarikat menjual pakai terpakai mereka kepada Tabung Yayasan Manan Amir.

“Sekurang-kurangnya sejumlah 15 peratus daripada hasil kutipan yuran daripada setiap vendor akan disalurkan kepada tabung tesebut,” ujarnya kepada Malaysia Gazette di sini baru-baru ini.

Tabung Pendidikan Yayasan Manan Amir ditubuhkan untuk memberi bantuan kewangan dan biasiswa mikro kepada pelajar di institusi pengajian tinggi dari segi kelayakan dan keperluan.

Menurut Nabila, Preloved Attack adalah satu konsep jualan pakaian terpakai yang masih dalam gaya dan trend dengan harga tidak lebih dari RM50 sahaja.

Bagaimanapun, katanya, harga itu tidak termasuk produk jenama dUCkscarves dan beg tangan berjenama yang turut dijual pihaknya.

Baru-baru ini, pada 4 dan 5 Februari lalu pihaknya menganjurkan jualan bagi menjana pendapatan daripada barangan terpakai mereka disamping menderma kepada Tabung Pendidikan Yayasan Manan Amir.

Pengunjung memilih pakaian dan barangan terpakai yang dijual pada Program Jualan Amal Preloved Attack untuk Tabung Pendidikan Yayasan Manan Amir, di PJS, Petaling Jaya, Selangor. foto MALAYSIA GAZETTE, 10 FEBRUARI 2017
Pengunjung memilih pakaian dan barangan terpakai yang dijual pada Program Jualan Amal Preloved Attack untuk Tabung Pendidikan Yayasan Manan Amir, di PJS, Petaling Jaya, Selangor. foto MALAYSIA GAZETTE, 10 FEBRUARI 2017

“Program yang buat pertama kalinya diadakan hujung minggu itu telah disertai oleh 20 individu dan menawarkan lebih dari 3,000 barangan terpakai termasuk pakaian lelaki dan wanita, beg tangan, kasut, aksesori dan lain-lain,” ujarnya lagi.

Jualan Preloved Attack akan diadakan setiap tiga bulan untuk kekal menjana kutipan dana pendidikan.

“Kami juga memberi peluang kepada individu untuk menjana pendapatan melalui penjualan barangan terpakai,” kata Nabila.

Nabila boleh dihubungi di talian 012 273 1991.-MalaysiaGazette