Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga gula dikatakan naik 11 sen sekilogram dakwa Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia.

Presidennya, Hong Chee Meng mengesahkan perkara itu merujuk kepada mesej teks daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Bagaimanapun setakat ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi mengenainya seperti dilaporkan oleh Malaysiakini malam tadi.

Kenaikan itu sekiranya benar menjadikan sekilogram gula kini berharga RM2.95 – peningkatan empat peratus sejak pelarasan harga terakhir pada tahun 2013.

Chee Meng juga memberi andaian kerajaan tidak membuat pengumuman rasmi mengenainya lagi bimbang berlaku pembelian panik.

Sebelum ini, Malaysia Gazette melaporkan MSM Malaysia Holding Berhad (MSM) telah meminta pertimbangan kerajaan untuk menaikkan harga gula.

Permohonan itu dibuat sepanjang tahun lalu berikutan peningkatan kos bahan mentah dan kejatuhan nilai ringgit seperti kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad, Datuk Zakaria Arshad baru-baru ini.-MalaysiaGazette

Comments are closed.