KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menegaskan pelaksanaan penalti kewangan berjumlah RM213.45 juta terhadap 22 syarikat insurans am adalah satu cadangan dan ia belum dimuktamadkan.

Pengerusi MyCC, Tan Sri Siti Norma Yaakob berkata, 22 syarikat insurans am mempunyai 30 hari untuk membuat jawapan bertulis kepada MyCC.

“MyCC akan memberi pertimbangan kepada mereka. Dalam kes-kes sebelum ini, kita mengambil tindakan yang berbeza daripada keputusan awal.

“Kami berharap mereka dapat memberi bukti kukuh, yang belum pernah pertimbangan, yang boleh digunakan untuk semakan terhadap keputusan kami,” katanya di sempena Persidangan Pertandingan MyCC  2017.

Sementara itu, ahli MyCC, Prof Datuk Dr Sothi Rachagan berkata, 22 syarikat insurans am itu didapati melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 berkaitan dengan perjanjian.

Di atas sebab itu, MyCC memberi cadangan penanti, yang jelasnya, denda tersebut adalah 10 peratus daripada jumlah dagangan global syarikat-syarikat berkenaan sepanjang tempoh pemungkiran.

Namun, kata Sothi, cadangan oleh MyCC adalah 1.0 peratus iaitu RM213.45 juta. Walaupun nampak besar tetapi ia melibatkan 22 syarikat.

Tambahnya, 22 syarikat insurans yang terlibat perlu melihat seksyen 5 Akta Persaingan 2010, yang berkaitan dengan pelepasan liabiliti, mereka perlu berhasrat untuk pelepasan sebanyak penalti yang dikenakan.

Pada 22 Februari lalu, MyCC mengumumkan cadangan terhadap Persatuan Insuran Am Malaysia dan ahli-ahlinya berhubung perjanjian dengan Persekutuan Persatuan Pemilik Bengkel Automotif Malaysia (Fawoam) berhubung kadar diskaun bagi alat ganti kenderaan dan kadar buruh setiap jam bagi bengkel-bengkel di bawah PIAM.

PIAM telah meminta MyCC menimbang semula keputusan tersebut kerana perjanjian PIAM-FAWOAM telah dipersetujui  Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyelesaikan aduan pengguna.

BNM pula dalam kenyataannya berkata, cadangan MyCC itu akan memberi kesan kepada pengguna. – MalaysiaGazette