Sebahagian daripada wanita warga asing yang ditahan kerana melakukan aktiviti maksiat di sebuah spa di Masai malam tadi.

JOHOR BAHRU – Kegiatan sebuah spa di Bandar Seri Alam, Masai di sini yang turut menjalankan kegiatan maksiat akhirnya diserbu pihak polis pada 12.30 tengah malam tadi.

Dalam serbuan itu, seramai 41 orang termasuk 36 wanita warganegara asing berusia antara 18 hingga 37 tahun ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, wanita warga asing yang ditahan terdiri daripada lima lelaki tempatan, wanita Vietnam 18 orang, Thailand (10), Indonesia (4) dan Laos (4).

“Polis turut merampas pelbagai barangan antaranya ialah 24 keping kondom, minyak pelincir KY dan kertas dipercayai tercatit senarai langganan khidmat seks,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, siasatan awal mendapati, spa tersebut sudah menjalankan kegiatan maksiat itu selama sebulan.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B (1) dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 39 (B) Peraturan-Peraturan Imigresen. – MalaysiaGazette.