Aminuddin Haru

KUALA LUMPUR – Selepas Pulau Pinang dan Selangor, Pakatan Harapan (PH) menyasarkan Negeri Sembilan untuk ditawan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

PH negeri itu yang memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 36 kerusi yang diperuntukan pada PRU13 hanya memerlukan tambahan tujuh kerusi untuk menafikan hak kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, dengan penyertaan dua parti baharu dalam PH iaitu Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menambahkan lagi keyakinan mereka dapat menawan negeri itu.

“Kita mempunyai banyak kelebihan ketika ini dan dapat merealisasikan hasrat untuk memerintah Negeri Sembilan,” katanya pada Konvensyen Keadilan Negeri Sembilan, hari ini.

Aminuddin berkata, tanpa Pas pun PH tetap kuat, malah semakin mendapat kepercayaan orang ramai dengan adanya PAN dan PPBM.

“Daripada 36 kerusi yang dipertandingkan, PH perlu memastikan tujuh kerusi baharu dimenangi, selain mengekalkan 14 kersi sedia ada,” katanya. – MalaysiaGazette