PERAKSeramai 150 peserta telah menganjurkan program Ekspidisi dan Simulasi Menyelamat di Royal Belum (EKSIM@Belum 2017) bermula 1 April sehingga 3 April lalu di Royal Belum, Tasik Banding di sini.

Program itu merupakan anjuran Pertubuhan Nadi Sihat (Nadi Sihat) dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)

ia juga mendapat kerjasama dan sokongan daripada agensi- agensi seperti Perbadanan Taman Negeri Perak, Jabatan Hutan, Pejabat Kesihatan Gerik, Universiti Teknologi MARA, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Polis DiRaja Malaysua Jabatan Perikanan Malaysia.

EKSIM@Belum 2017 merupakan kesinambungan daripada kejayaan misi menyelamat yang telah diadakan di Gunung Stong tahun lalu.

Pengerusi Nadi Sihat, Datuk Ismail Kijo berkata, Royal Belum dipilih kerana ianya merupakan satu khazanah atau ikon pelancongan yang unik di negeri Perak.

“Objektif utama program ini adalah untuk menyahut hasrat kerajaan negeri Perak mempromosikan Royal Belum sempena tahun melawat Perak 2017.

“Di sana beberapa program telah diadakan seperti para peserta dibawa melihat sendiri keindahan alam semulajadi air terjun yang terletak di Sungai Soil dan santuari kelah di Sungai Ruok.

Objektif keduanya bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang aspek keselamatan dengan aktiviti ‘water confident’ agar tidak panik apabila berlaku perkara tidak diingini semasa berada didalam air dan peserta diberi maklumat tentang kemahiran asas ketika berada di dalam hutan,” katanya.

Ismail menambah, objektif program itu juga untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi penyelamat sekiranya berlaku kecemasan dan secara tidak langsung memberi pendedahan kepada agensi-agensi setempat serta pengusaha-pengusaha pelancongan di Royal Belum betapa pentingnya meyediakan peralatan kecemasan seperti pemadam api dan juga jaket keselamatan.

Jelasnya, acara kemuncak EKSIM@Belum 2017 dikendalikan oleh JBPM adalah aktiviti simulasi menyelamat yang disertai seramai 11 orang wakil peserta Nadi Sihat dan beberapa orang dari JBPM ditugaskan untuk menjayakan program ini.

“Gambaran situasi ini mencetuskan insiden berlakunya kebakaran dan letupan didalam rumah bot berkenaan.

“Salah seorang mangsa telah menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan dan seterusnya kesemua mangsa terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan diri.

“JBPM dan agensi penyelamat serta bot awam tiba ditempat kejadian dengan membuat pelbagai teknik penyelamatan antaranya Surface resque, Diving dan juga Helicopter winching,” ujarnya.

Datuk Ismail Kijo melayan anak Orang Asli ketika program EKSIM@Belum 2017 di Royal Belum, Tasik Banding di Perak baru-baru ini.

Ismail berkata, pelancong asing biasanya amat prihatin tentang isu keselamatan dan melalui program ini ia dapat memberikan satu tahap keselesaan keselamatan yang tinggi dengan prosedur menyelamat yang diadakan secara menyeluruh.

Ujarnta, di samping bagi memastikan kelestarian alam sentiasa berterusan Nadi Sihat juga telah melepaskan benih-benih anak ikan berjumlah 20,000 ekor dari pelbagai spesis dan diharapkan usaha ini dapat membantu meningkatkan lagi potensi pelancongan Royal Belum di masa akan datang.

EKSIM@Belum 2017 dirasmikan oleh Pemangku Pengurus Besar Taman Negeri Perak, Noor Asmah Mohd. Nawawi mewakili Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi. – MalaysiaGazette