Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan. foto FAREEZ FADZIL, 01 MAY 2017.

ALOR SETAR – Calon Naib Presiden Pas, Nasruddin Hassan yag kalah dalam pemilihan parti hari ini tidak kecewa dengan kekalahan itu.

Sebaliknya, beliau yang hanya mendapat 478 undi berikrar akan terus bekerja untuk parti.

“Saya tidak kecewa. Saya akan terus bersama parti dan pucuk kepimpinan membantu Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kalah menang itu adat pertandingan dan saya mengucapkan tahniah kepada yang menang,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pemilihan itu, tiga penyandang kekal dengan jawatan Naib Presiden untuk penggal 2017-2019.

Mereka ialah Idris Ahmad yang mendapat 1,062 undi, diikuti Datuk Mohd Amar Abdullah (950 undi) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (703 undi).

Kira-kira 1,200 perwakilan membuang undi menerusi sistem e-Undi pada jam 5 petang kelmarin. – MalaysiaGazette