Kuala Lumpur- Pengeluar gula, MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) masih berunding dengan kerajaan untuk menaikkan harga gula tempatan sebanyak 40 sen sekilogram bagi memastikan keuntungan syarikat tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Bhd., Datuk Zakaria Arshad berkata, ketidaktentuan harga gula mentah ditambah dengan kemerosotan nilai ringgit telah memberikan cabaran kepada syarikat.

“Berdasarkan ketidaktentuan harga gula mentah, kerajaan sepatutnya menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen sekilogram,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan MSM Malaysia di sini hari ini.

MSM Malaysia adalah anak syarikat FGV.- MalaysiaGazette