BEIJING – Syarikat automotif Geely telah bersetuju untuk membeli kepentingan Proton daripada DRB-Hicom, menurut sumber, sekali gus menewaskan pesaing terdekatnya, PSA Group.

Zhejiang Geely Holding Group, yang menguasai Geely Automobile di Hong Kong dan Volvo Car Group, akan memperoleh 49 peratus daalam Proton, kata sumber.

Proton juga menguasai kepentingan dalam Lotus.

Jurucakap DRB-Hicom tidak dapat segera dihubungi untuk mengulas mengenai perkara ini.

Semalam DRB-Hicom telah mengantung sementara dagangannya bagi menunggu pengumuman.

Proton ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah menerima bantuan kerajaan sebanyak RM1.5 bilion pada tahun lalu bagi melaksanakan pelan pemulihan dan mencari rakan strategik.

Pembida berpotensi lain ialah PSA, pembuat kereta Peugeot dan Citroen, Renault dan Suzuki Motor Corp.

Proton telah melaksanakan ‘menukar lencana’ (re-badging) semula kereta dari pengeluar asing untuk menjual di pasaran tempatan, tetapi kualiti merosot pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Syarikat itu mempunyai dua kilang di Malaysia dengan kapasiti tahunan sebanyak 400,000 kereta, sedang beroperasi di bawah output maksimum.

Pada awal tahun 2007, usaha menarik rakan-rakan baru Proton gagal berikutan keengganan kerajaan Malaysia membenarkan pembida asing mengambil alih kawalan.

Pelaburan Geely akan membantu pertumbuhan jualan Proton di luar negara dan memulihkan kerugian jualan di luar negara, menurut sumber yang mengetahui proses bidaan.

Dengan menawarkan teknologinya, Geely berharap jualan Proton bagi pemanduan sebelah kanan dapat ditingkatkan dalam pasaran di Malaysia, United Kingdom, India dan Australia. – MalaysiaGazette