Fitnah pembelian cincin Datin Seri Rosmah Mansor antara tuduhan yang gagal dibuktikan Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang kononnya banyak mendedahkan salahguna kuasa sebaliknya sering kantoi  kerana membuat tuduhan tanpa menyemak fakta terlebih dahulu.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu memalukan dirinya apabila terpaksa meminta maaf kerana memfitnah CRT Insights Technologies Sdn Bhd yang kononnya syarikat pengantara di antara Kerajaan Malaysia dan satu firma lobi di Amerika Syarikat dalam kontrak untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat.

Rafizi bukan sahaja tidak membuat semakan terlebih dahulu, malah bertindak menyiarkan nama syarikat dan pengarah tersebut sehingga menyebabkan nama buruk kepada mereka.

Seorang pengamal media sosial, Syed Agil Jamalullail mengumpulkan siri Rafizi Kantoi dan MalaysiaGazette menyiarkan siri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin PKR tersebut.

Senarai Fitnah Rafizi yang kantoi :

  1. Fitnah cincin isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rafizi memberi alasan semasa perbicaraan saman fitnah di mahkamah kenyataan tersebut adalah seloroh dan gurauan.

  2. Fitnah dana awam National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) diseleweng dalam pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana fitnah tersebut.

  3. Fitnah ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat urusniaga Boustead Holdings Berhad berhubung pembayaran bernilai RM160 juta tetapi ia dinafikan. Rafizi tarik balik tuduhan sebagai penyelesaian luar mahkamah.

4. Fitnah semasa himpunan haram Blackout PRU13, Rafizi mengaku bersalah menganjur perhimpunan blackout di Padang Merbok tanpa persetujuan daripada pemilik padang. Rafizi juga gagal mengemukakan bukti mengenai blackout semasa PRU13, terutamanya dakwaan pengundi hantu dan Bangladesh seperti yang didakwa.

  1. Fitnah UMNO serang gereja menggunakan Molotov. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda RM1,800.

  2. Fitnah kerajaan beli BMW 7series. Rafizi membuat tuduhan kononnya kerajaan membeli kereta BMW untuk kegunaan, ia bagaimanapun dinafikan syarikat BMW sendiri dan tiada permohonan maaf daripada beliau.

  3. Fitnah yuran konsultan oleh MMC Gamuda kepada MRT sebanyak RM7 bilion. MMC Gamuda menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta. Rafizi tidak meneruskan fitnahnya dan tidak lagi dimainkan isu ini.

Daripada semua kes tersebut, ada yang sedang dibicarakan di mahkamah, Rafizi berdepan saman fitnah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berhubung kenyataannya mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera.

Rafizi akan dibicarakan bermula 11 Oktober depan dan jika disabit kesalahan beliau boleh dipenjara 18 bulan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. – MalaysiaGazette