Patung Karpal Singh yang disembah sebagai dewa di Teluk Intan, Perak

TELUK INTAN – Karpal Singh yang meninggalkan dunia pada 2014 kini disembah sebagai ‘Datuk Gong’ di sebuah tokong di Teluk Intan, Perak.

Datuk Gong biasanya dirujuk sebagai ‘dewa tempatan’ dan selalu dilihat sebagai ‘dewa Melayu’ kerana ciri-cirinya termasuk namanya yang berbunyi Melayu.

Namun kali ini, Datuk Gong telah dijadikan dengan ciri-ciri Sikh.

Sinchew Daily melaporkan, patung Karpal Singh yang mengenakan suit berwarna hitam telah diadakan ‘upacara pengcahayaan’ pada 1 Mei lalu.

Patung Karpal Singh itu telah ditempah dari China selepas menerima tajaan seorang penganut dari Sabah.

China Press pula melaporkan, patung Karpal Singh dibina selepas seorang ‘pengantara roh’ diberi petunjuk oleh Karpal yang mahu dirinya disembah.

Walaupun patung Karpal dijadikan bahan jenaka, tetapi ‘pengantara roh’ itu menegaskan ia merupakan pesanan mendiang.

Menurut pengendali tokong, usaha mengumpulkan RM2,000 untuk menempah patung Karpal Singh sebelum ini telah berdepan kesukaran kerana tidak ramai yang menderma sehinggalah kemunculan penganut dari Sabah yang sedia berbuat demikian.

Anak Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh memberitahu, beliau menyedari bahawa ayahnya sudah dijadikan patung untuk disembah.

Beliau bagaimanapun enggan memberi ulasan kerana belum tahu maklumat lanjut mengenainya. – MalaysiaGazette

Comments are closed.