Pegawai keselamatan Pakistan memeriksa tempat letupan di Quetta.
KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini mengutuk serangan kejam pada malam menjelang Aidilftri di Karachi, Quetta dan Parachinar, Pakistan yang membunuh sekurang-kurangnya 80 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain pada Jumaat.

Wisma Putra berkata kerajaan turut melahirkan takziah yang amat sangat dan simpati kepada kerajaan Pakistan dan keluarga para mangsa.

Ia mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilapor terlibat dalam kejadian itu.

Menjadi harapan kita agar pelaku jenayah keji itu akan dibawa ke muka pengadilan, kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar menerusi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan Konsul Jeneral di Karachi akan terus memantau keadaan, katanya.

— BERNAMA


IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast