Nicolas Maduro

CARACAS – Sebuah helikopter polis telah menyerang Mahkamah Agung Venezuela di Caracas – tetapi bom tangan yang dilemparkan di bangunan itu tidak meletup.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presidennya, Nicolas Maduro.

Bercakap di TV negara, presiden berusia 54 tahun itu, yang berhadapan dengan protes selama tiga oleh pembangkang dan dalam kalangan pemimpin kerajaan berkata, pasukan khas sedang dalang di sebalik serangan itu.

Terdapat saksi melaporkan bahawa helikopter membawa sepanduk anti-kerajaan dan diterbangkan oleh seorang pegawai polis yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai pemberontakan dalam video di media sosial.

Helikopter itu juga telah terbang ke Kementerian Dalam Negeri, kata Maduro, sambil menuntut bahawa pakatan pembangkang mengecam serangan tersebut.

Aktivis pembangkang telah mengadakan protes tanpa henti terhadap kerajaan yang didakwa telah disalah urus.

Venezuela yang dahulunya merupakan negara pengeluar minyak sedang mengalami kemerosotan inflasi dan kenaikan kadar jenayah.

Mahkamah Agung adalah pro-kerajaan yang sangat dibenci oleh lawan Maduro kerana ketetapannya mengukuhkan pemerintahan presiden melemahkan badan perundangan yang dikuasai pembangkang.

Terdahulu pada hari Selasa, Maduro memberi amaran bahawa penyokong-penyokongnya akan mengangkat senjata jika kerajaannya digulingkan. – MalaysiaGazette