Sebuah ladang gandum di Palouse, dekat timur Washington. foto Agensi

SYDNEY – Harga gandum di Amerika Syarikat melonjak sebanyak empat peratus pada hari Isnin untuk mencecah ke paras tertinggi dalam hampir dua tahun ekoran ramalan cuaca kering di negara itu yang dikhuatiri menjejaskan pengeluaran.

Kacang soya juga melonjak melebih dua peratus, melanjutkan keuntungan dua hari melebihi 6.5 peratus, manakala jagung meningkat 1.5 peratus.

Niaga hadapan gandum yang paling aktif di Lembaga Perdagangan Chicago meningkat empat peratus kepada AS$ 5.47-1 / 4 satu bushel pada 0045 GMT, tertinggi sejak 20 Julai 2015.

“Musim panas di Amerika Syarikat dijangka mengancam pengeluaran gandum, melebihi ramalan oleh Jabatan Pertanian,” kata Andrew Woodhouse, penganalisis bijirin di Advance Trading Australasia.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) pada Jumaat lalu mengurangkan anggaran pengeluaran gandum kepada 10.9 juta ekar, berbanding unjuran pada Mac lalu 11.3 peratus dan ia adalah rendah daripada jangkaan perdagangan.

Ia menganggarkan tuaian melibatkan 10.5 juta.

Niaga hadapan kacang soya aktif dengan melonjak dua peratus kepada AS$9.74-1/4 bushel pada hari Isnin, menghampiri sesi tinggi 9.78 bagi setiap bushel, tertinggi sejak 17 Mei.

Para penganalisis berkata, kacang soya mendapat sokongan lebih rendah daripada jangkaan USDA bagi tuaian dan stok-stok 1 Jun.

Tuaian bagi kacang soya diramal 89.513 juta ekar berbanding 89.482 juta ekar yang diunjur pada bulan Mac. – MalaysiaGazette