Hernandez atau dikenali Chicharito.

LONDON –  West Ham United dikatakan telah mencapai persetujuan untuk menandatangani penyerang Javier Hernandez dari kelab Jerman, Bayer Leverkusen.

Hernandez yang juga bekas pemain Manchester United dan Real Madrid dijangka tiba di sini dalam masa terdekat.

Pemain berusia 29 tahun itu akan menjalani ujian kesihatan dan melengkapkan syarat-syarat pemindahan sekali gus menyaksikan aksinya kembali dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Media Britain melaporkan pemindahan pemain antarabangsa Mexico itu dianggar bernilai 16 juta pound (RM89 juta).

Hernandez atau dikenali Chicharito menyertai United dari Chivas pada tahun 2010 dan menjaringkan 59 gol dalam 156 penampilan.

Dia dipinjamkan ke Real sebelum menyertai Leverkusen pada Ogos 2015.

Hernandez berjaya merakamkan 39 gol dalam 76 perlawanan ketika beraksi bersama Leverkusen,

Dia kini merakam nama sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Mexico apabila menjaringkan gol ke-47 di peringkat antarabangsa dalam penampilan ke-91 ketika menentang Croatia, Mei lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast