Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin diiringi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus (kanan) dan Timbalan Presiden Eksekutif Pelanggan dan SME Telekom Malaysia Berhad, Imri Mokhtar (dua kiri) menunjukkan koleksi-koleksi terhad KL2017 pada Majlis Pelancaran Koleksi Terhad KL2017 sempena Sukan SEA ke 29 di Petronas Teknologi Park, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 JULAI 2017

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin percaya barangan edisi terhad Sukan SEA KL 2017 oleh Penaja Platinum Petronas dan TM membantu menyemarakkan sokongan rakyat kepada para atlet negara..

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pengeluaran produk secara kolaborasi dua penaja utama akan mengekalkan momentum persiapan dan penganjuran temasya ke-29 kali ini.

TM dan Petronas telah menghasilkan edisi terhada seperti patung RIMAU’ maskot rasmi temasya KL 2017, botol air, magnet peti sejuk, jersi, payung dan pelbagai barangan lain.

Rangkaian penuh kesemua koleksi terhad dan terbaharu itu akan mula dijual kepada awam mulai 28 Julai hingga Disember ini.

“Lebih 326 stesen Petronas akan menjual produk edisi terhad KL 2017 ini. Saya amat berbesar hati atas kolaborasi Petronas dan TM mengeluarkan dan memasarkan cenderahati khas jenama KL 2017.

“Barangan ini bukan sahaja akan menjadi tanda ingatan untuk dijadikan kenangan sahaja, tetapi juga amat praktikal untuk para peminat suka tanahair yang akan hadir ke lokasi perlawanan memberi sokongan gemuruh kepada atlet kita,” katanya semasa pelancarannya di Petronas Lebuh raya KL-Seremban di Sungai Besi pagi tadi.

Melalui cabang pemasaran runcitnya, Petronas Dagangan Berhad turut memperkenalkan Kad mesra Petronas KL2017 dengan Touch ‘n Go dan Petronas Gift Card edisi eksklusif yang boleh didapati di stesen minyak syarikat itu.

Kad mesra Petronas KL 2017 akan memastikan pelanggan memperoleh tiga mata ganjaran Kad mesra bagi pembelian bahan api itu dari 22 Julai hingga sambutan Hari Sukan Nasional pada 14 Oktober ini.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Urusan dan ketua Pegawai Eksekutif PDB Datuk Mohd. Ibrahimnuddin Mohd Yunus menyifatkan pihaknya bangga dapat mempromosikan edisi terhad produk sukan SEA kepada rakyat Malaysia.

“Saya harap rakyat dapat menyokong pasukan Malaysia da memiliki barangan ini sebagai tanda sokongan kepada kontinjen Malaysia,” katanya.

Berkongsi sentimen sama, Naib Presiden Eksekutif Pemasaran dan SME TYM, Imri Mokhtar berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Petronas Dagangan Berhad melalui rangkaian kedai mesra petronas yang memudahkan rakyat memiliki jersi pasukan Malaysia.

Petronas sebagai rakan bahan api rasmi akan membekalkan bahan api Petronas Primax dan Petronas Dinamic Diesel kepada kenderaan rasmi membawa para atlet dan pegawai semasa KLL 2017.

Sukan SEA KL 2017 akan membuka tirai 19 hingga 30 Ogos 2017 da sukan Para ASEAN ke-9 pula akan diadaka dari 17 hingga 23 September ini.

Kesemua acara bagi kedua-dua temasya akan berlangsung di KL, Negeri Sembilan, Langkawi dan Terengganu. – MalaysiaGazette