Gambar hiasan.

JEDDAH – Arab Saudi menolak semua cubaan untuk mempolitik dan mengantarabangsakan ibadah haji, kata Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat, Putera Khaled Al-Faisal.

“Ibadah haji adalah mesej keamanan,” katanya yang juga Gabenor Mekah dan Penasihat Raja Salman pada pelancaran kempen ‘Ibadah haji dan perilaku beradab’ yang dipetik Arab News.

Menyentuh tentang kempen yang dilakukan Qatar untuk mengurangkan peranan Arab Saudi dalam menyediakan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah, Putera Khalid berkata: “Jawapannya terletak pada tema kempen ini. Tidak boleh mempolitikkan jemaah,”.

Putera Khaled berkata, kepimpinan Arab Saudi berminat berkhidmat untuk jemaah haji dengan menyediakan semua (perkhidmatan dan kemudahan) bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah itu dengan mudah.

Beliau meminta semua jemaah haji menyelitkan etika Islam dan menjadi model kepada tamadun umat Islam.

“Kempen ini berjaya dan mencatatkan pencapaian yang baik sejak dilancarkan, termasuk pengurangan kadar pesalah kepada lima peratus semasa musim haji berbanding sembilan peratus pada tahun sebelumnya,”.

“Ramai yang ragu-ragu tetapi pengajaran yang diperoleh adalah daripada pencapaian ini. Peraturan ini akan dipakai dengan etika Islam,”.

Putera Khaled mendedahkan Pihak Berkuasa Pembangunan Rantau Mekah telah melaksanakan projek berjumlah SR300 juta pada tahun ini bagi meningkatkan perkhidmatan dan pembangunan haji untuk musim ini.

Pihak berkuasa itu dan Kementerian Haji dan Umrah akan melaksanakan projek mega yang akan diumumkan kelak

“Semua sektor menunjukkan kemajuan dalam musim haji,” katanya.
The campaign, launched by the emirate of Makkah in 2008, continues to spread the Hajj message of peace. It will work to consolidate the ultimate goal of bringing millions together for performing a pillar of Islam based on peace and spirituality.

Kempen tersebut yang dilancarkan pada 2008 bertujuan mendidik jemaah haji mematuhi undang-undang dan peraturan awam, sekali gus menyumbang kepada keselamatan dan keamaan mereka.

Kempen tersebut mensasarkan orang ramai, pengendali haji, sektor pengangkutan dan media. – MalaysiaGazette