KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) mengumumkan tawaran awam permulaan (IPO) sukuk wakalah bertempoh tujuh tahun yang diterbitkan oleh sebuah syarikat khas, Ihsan Sukuk Bhd. bersaiz RM5juta.
Sukuk berkenaan mempunyai kadar keuntungan 4.6 peratus setahun dan mendapat penarafan AAA oleh RAM Rating Services Bhd., kata sayap pelaburan negara itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ini merupakan peringkat ketiga penerbitan sukuk oleh Khazanah di bawah Program Sukuk Lestari dan Tanggung Jawab Pelaburan bernilai RM1 bilion.
Sukuk tersebut dijadualkan diterbitkan pada 8 Ogos dan akan disenaraikan pada 9 Ogos.
Dua peringkat terdahulu, yang mana RM100 juta setiap satu digunakan oleh Yayasan Amir, sebuah yayasan bukan bermotifkan keuntungan bagi membiayai Program Sekolah Amanah di sekurang-kurangnya 20 sekolah. – MalaysiaGazette















