Pemain dan pengurusan pasukan bola sepak Malaysian Press Photographers Association (MPPA) dan pasukan TV3 bergambar dengan En Samsul Arifin yang mewakili Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Dalaman TNB (tengah) pada perlawanan akhir Liga Bola Sepak Media TNB 2017 di Padang Kilat, TNB, Bangsar. foto SAFWAN MANSOR, 05 OGOS 2017

KUALA LUMPUR- Pasukan TV3 bangkit untuk menewaskan Persatuan Jurugambar Media Malaysia (MPPA) dengan keputusan 2-1 dalam aksi final Liga Bola Sepak Media-TNB 2017 (TNB-MFL2017), sekali gus menjulang trofi kejohanan edisi kedua itu baru-baru ini.

Dalam aksi seimbang yang berlangsung di Padan

Kapten Pasukan Malaysian Press Photographers Association (MPPA), Fareez Fadzil (kanan) bertukar cenderahati dengan kapten pasukan TV3 sebelum bermulanya perlawanan akhir Liga Bola Sepak Media TNB 2017 di Padang Kilat, TNB, Bangsar. foto SAFWAN MANSOR, 05 OGOS 2017

g Kilat TNB, Bangsar itu pada Sabtu lalu, kedua-dua pasukan gagal menggegarkan gawang gol lawan masing-masing pada babak pertama.

Namun aksi agresif MPPA pada babak kedua berjaya membuahkan hasil menerusi jaringan Ahmad Hakimin Kamarudin untuk mendahului TV3 dengan 1-0 kira-kira 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

Antara aksi menarik ketika perlawanan akhir Liga Bola Sepak Media TNB 2017 diantara pasukan Malaysian Press Photographers Association (MPPA) menentang pasukan TV3 yang berlangsung di Padang Kilat, TNB, Bangsar. foto SAFWAN MANSOR, 05 OGOS 2017

Hakimin bijak mengambil kesempatan daripada pemain pertahanan TV3, Mohd Shahril Md Khazan yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sebelum menolak masuk bola untuk menewaskan penjaga gol, Khairul Naim

Tersentak dengan jaringan itu, TV3 kembali mengatur serangan untuk mencari gol penyamaan dan akhirnya, kelekaan barisan pertahanan MPPA dihukum.

Kapten Pasukan Malaysian Press Photographers Association (MPPA), Fareez Fadzil (dua kanan) cuba mengekang pemain pasukan TV3 pada aksi perlawanan akhir Liga Bola Sepak Media TNB 2017 di Padang Kilat, TNB, Bangsar. foto SAFWAN MANSOR, 05 OGOS 2017

Gol penyamaan TV3 diperoleh menerusi jaringan Saiyed Ismail Saiyed Hussin yang bijak mencuri peluang atas kegagalan barisan pertahanan MPPA untuk mengeluarkan bola hasil daripada sepakan percuma.

Ketika perlawanan seakan-akan diheret ke masa tambahan, TV3 dihadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan apabila penyerangnya, Khairul Zaman Chik dijatuhkan oleh pemain pertahanan MPPA, Mohd Azlan dalam kotak penalti.

Hazran Muhammad tidak mensia-siakan peluang untuk menyempurnakan peluang tersebut apabila sepakannya menerjah jaring untuk meletakkan TV3 mendahului 2-1 walaupun hampir diselamatkan penjaga gol MPPA, Muhammad Nashrul Haq Ahmed Munir.

Terdahulu, pasukan NSTP SC menewaskan Bernama dengan kemenangan besar 4-0 untuk merangkul tempat ketiga hasil jaringan hatrik penyerang berbisa, Ikhsan Putra Burtis dan Amir Hisyam.

Ikhsan turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada kejohanan kali ini dengan jumlah jaringan 10 gol selepas mencetak tiga kali hatrik, sekali gus mengulangi pencapaian yang sama pada MFL2016.

Pengurus Pasukan Malaysian Press Photographers Association (MPPA), Noor Asrekuzairey Mat Salim (tengah) bersama Penolong Pengurus Pasukan MPPA, Syahrin Yahya (kanan) memperkenalkan pemain-pemain MPPA kepada En Samsul Arifin yang mewakili Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Dalaman TNB (depan dua kanan) sebelum bermulanya perlawanan akhir Liga Bola Sepak Media TNB 2017 di Padang Kilat, TNB, Bangsar. foto SAFWAN MANSOR, 05 OGOS 2017

Kejohanan anjuran Utusan Melayu (M) Berhad kali ini yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain tajaan sampingan daripada Pusat Perubatan Taman Desa (TDMC), menyaksikan penyertaan lapan pasukan media iaitu Utusan, Bernama, Astro Awani, RTM, TV3, NSTP SC, The Sun dan MPPA.

TV3 selaku juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 bersama piala pusingan manakala MPPA dihadiahkan RM1,000 dan NSTP SC sebanyak RM700.

Hadiah disampaikan oleh Samsul Ariffin yang mewakili Pengurus Besar Komunikasi Korporat TNB, Datuk Omar Sidek sambil disaksikan oleh Penolong Ketua Pengarang Utusan, Datuk Hassan Md Noor dan wakil TV3, Abu Bakar Atan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast