Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.
Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.

PULAU PINANG – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Pas seperti `buruk belatuk’ kerana berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pihaknya sangsi sama ada Pas benar-benar faham dan jelas dengan kontroversi berkaitan 1MDB seperti dibangkitkan pembangkang selama ini.

Tambahnya, Pas sepatutnya lebih berani mempersoal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda mengenai kemelut yang melanda 1MDB.

Malah, ujarnya lagi, Arul Kanda sendiri sepatutnya memainkan peranan dengan menjelaskan semua perkara berkaitan 1MDB termasuk peranan yang dimainkan jutawan kelahiran negeri ini, Jho Low.

“Adakah Pas ada bertanya mengenai peranan Jho Low ini kepada 1MDB? Mengapa tidak minta Jho Low balik ke negara ini untuk disiasat?

“Mungkin 1MDB hanya menjelaskan kepada pihak-pihak yang akan bersetuju dengan mereka sahaja, tetapi tidak berani berdepan dengan pemimpin pembangkang yang tahu mengenai 1MDB ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan keyakinan dengan pelan rasionalisasi 1MDB selepas pemimpin parti itu mengadakan pertemuan dengan 1MDB.

Menurut Tuan Ibrahim, keyakinan itu berdasarkan usaha dan komitmen pihak terlibat dan beranggapan syarikat tersebut mampu dipulihkan sekiranya tiada campur tangan pihak yang menggangu pelan pemulihan yang sedang berjalan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast