Sergio Ramos

MADRID – Sergio Ramos mendakwa pengetahuan Zinedine Zidane mengenai pengendalian pemain di bilik persalinan lebih tinggi berbanding di bawah bekas pengurus, Jose Mourino.

Jelas pemain pertahanan itu, karakter Zidane itu telah membantu dirinya untuk berjaya lebih baik pada musim lalu.

Mourinho meninggalkan Bernabeu dengan pengakhiran goyah dan dia berpendapat Zidane lebih sesuai dengan peranan untuk pengurus kelab itu.

“Pandangan saya adalah apabila pasukan mempunyai jurulatih baru, dia telah merubah banyak perkara. Bagaimana menguruskan bilik persalinan, Zidane lebih baik untuk memahami keadaan kami.

“Mourinho mempunyai banyak pengalaman. Mereka adalah jurulatih hebat dan kami bersyukur untuk menjalani masa bersejarah ini dengan Zidane,” ujar Ramos kepada FourFourTwo.