Home Dunia Kanak-kanak maut, berpuluh cedera dirempuh kereta

Kanak-kanak maut, berpuluh cedera dirempuh kereta

Kereta BMW yang merempuh sebuah restoran piza di Paris mengorbankan seorang kanak-kanak dan mencederakan kira-kira 20 orang mangsa lain. foto Agensi

PARIS – Sebuah kereta merempuh beranda di luar sebuah restoran piza di bandar kecil Sept-Sorts di timur Paris menyebabkan seorang gadis berusia 12 tahun maut dan mencederakan beberapa orang lain.

Pemandu dipercayai mensasarkan pengunjung restoran itu, kata seorang pendakwa tempatan tetapi menolak ia adalah rancangan pengganas dan membuka siasatan pembunuhan.

“Tidak syak lagi bahawa dia secara sengaja berbuat demikian,” kata pendakwa Eric de Valroger kepada pemberita di tempat kejadian.

Tiada senjata ditemui di dalam kenderaan, kata pendakwa itu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Pierre-Henry Brandet memberitahu, pemandu itu seorang “depresif” berusia 32 tahun dan menggambarkannya sebagai seorang yang tidak stabil.

Insiden itu berlaku pada malam musim panas dan kebanyakan kawasan sibuk.

Foto yang diterbitkan di media sosial menunjukkan sebuah kereta kelabu BMW yang dikelilingi oleh meja-meja terbalik di kawasan tempat duduk luar restoran.

Lima mangsa sedang dirawat kerana kecederaan teruk yang mengancam nyawa manakala lapan lagi cedera ringan.

Tujuh orang mangsa turut menerima rawatan disebabkan terkejut.

“Semua mereka yang berada di luar restoran itu dilanggar,” kata seorang saksi.

Sumber polis berkata, pemandu itu menetap di perkampungan Sept-Sorts, kira-kira 41 kilometer dari timur Paris dan pernah cuba untuk membunuh diri pada Ahad lalu. – MalaysiaGazette