KUALA LUMPUR – Kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu rusuhan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang disiarkan pada 14 Ogos lalu adalah tidak benar.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata, Anwar tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu kerana masih menjalani hukuman penjara.

Banduan yang masih dalam tahanan dan menjalani hukuman penjara dilarang mengeluarkan kenyataan tanpa kebenaran Jabatan Penjara.

Jelas beliau, pada tarikh berkenaan juga, Anwar diiringi ke Mahkamah Sivil bagi perbicaraan yang membabitkan beliau dan sentiasa dikawal oleh pegawai dan anggota Jabatan Penjara.

Menurut beliau, sepanjang perbicaraan berlangsung tidak ada pihak media dan yang tidak berkaitan dibenarkan menemui Anwar.

Malah gambar yang digunakan bersama kenyataan itu bukan gambar Anwar semasa beliau berada di mahkamah pada hari berkenaan.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan kebimbangan Anwar bahawa keganasan akan meningkat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas kekecohan berlaku pada forum “Nothing To Hide 2.0”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast