Kenderaan polis mengepung jalan utama hadapan Istana Buckingham, London setelah dua polis cedera diserang lelaki bersenjataka pisau semalam. Foto: PA

ENGLAND – Polis British menahan serorang lelaki yang menyerang dua pegawai polis menggunakan pisau besar di luar Istana Buckingham.

Kedua-dua pegawai polis itu mengalami kecederaan ringan dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Suspek dikenalpasti berusia kira-kira pertengahan 20-an ditahan selepas didapati berbahaya dan menyerang polis berhampiran kediaman rasmi ratu Elizaberth, London.

Tiada kelibat kehadiran ahli keluarga diraja di istana pada waktu kejadian itu berlaku.

Jurucakap polis Metropolitan berkata, buat masa ini pihaknya tidak dapat mengesahkan lagi motif insiden itu.

Tahun ini sahaja British telah melalui empat serangan militan yang mana 36 orang awam terbunuh.

Tahap ancaman terhadap negara itu juga kritikal dan sentiasa terdedah dengan serangan.

Seorang saksi Reuters di tempat kejadian itu berkata, polis telah mengepung kawasan besar untuk keselamatan awam termasuk the Mall, jalan utama yang menuju ke istana.

Rakaman Televisyen SkyNews juga menunjukkan kenderaan kecemasan turut mengepung jalan di luar istana.

“Lelaki (suspek) yang telah memiliki pisau telah berjaya dihalang petang tadi (25 Ogos) sekitar 8.35 malam waktu tempatan oleh pegawai-pegawai di luar Istana Buckingham,” menurut polis dalam satu kenyataan selepas insiden itu.

Menurut Reuters, semasa menahan suspek, dua pegawai polis lelaki telah mengalami luka kecil di tangan mereka dan suspek juga dibawa ke hospital untuk rawatan, tiada kecederaan lagi dilaporkan.

Polis dikatakan akan soal siasat suspek mengenai motif kejadian dan terlalu awal untuk pihaknya spekulasikan insiden itu.- MalaysiaGazette