Sunday, December 15, 2024
Home Seni Hidup Misi Nabila menawan ABC bermula

Misi Nabila menawan ABC bermula

Foto Instagram Nabila Huda

KUALA LUMPUR – Pelakon yang terkenal dengan aktiviti lasak, Nabila Huda, 32, memulakan misinya untuk menawan Annapurna Base Camp (ABC) yang terletak di Nepal, semalam

Berkongsi pengalaman di laman Instagram miliknya, heroin filem Munafik itu memuatkan sekeping foto yang menunjukkan dia sudah pun sampai di ibu negara Kathmandu.

Selepas itu, ibu kepada seorang anak itu menuju ke Pokhara yang terletak di utara Nepal dengan mengambil masa enam jam untuk memulakan pendakian.

 Misi Nabila tidak ditemani suaminya, Mohd. Izwan Johar namun bersama beberapa rakannya.

Dia juga tidak ketinggalan berkongsi setiap momen bersama pengikut media sosialnya itu sebelum dan semasa pendakian bermula.

Di Pokhara, Nabila turut memasak sendiri kerana kurang selera dengan menu tempatan di sana.

Kem Annapurna yang berketinggian 4130 meter dan berada di banjaran Himalaya serta menjadi impian Nabila sejak sekian lama bagi menawannya.

Nabila turut mendapat tajaan daripada syarikat pengeluar kelengkapan aktiviti lasak seperti  Karrimor dan Uniqlo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast