Masjid Jamek Kuala Lumpur yang telah dinaik taraf dan penamaan semula masjid tersebut dengan nama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 JUN 2017.
KUALA LUMPUR – Kawasan pertembungan Sungai Klang dan Sungai Gombak berhampiran dengan Masjid Jamek di Kuala Lumpur kini sesuai untuk menternak ikan selepas tahap pencemarannya mencapai tahap 2B berbanding tahap 3 dan 4 sebelum ini.
China Press melaporkan, pencemaran tahap 2B itu juga bermakna air di situ sesuai digunakan untuk tujuan rekreasi selain membenarkan kehidupan ikan.
Sebatang sungai buatan sepanjang 300 meter juga akan diwujudkan dan menggunakan air terawat untuk menternak ikan koi.
“Sungai buatan ini akan diletak ratusan ikan koi untuk membuktikan air yang sudah dirawat adakah sesuai untuk kehidupan ikan,” demikian lapor akhbar itu yang memetik perunding kejuruteraan dari Syarikat Waico yang mengendalikan projek River of Life Zon Ketujuh.
Tahap pencemaran air diukur mengikut lima tahap iaitu 1 hingga 5 dengan tahap 2B sudah menghampiri tahap 1 yang merupakan tahap air minuman.
Tahap 2B juga bermakna air berkenaan boleh diminum selepas ditapis dan dibasmi kuman.
Waico menggunakan teknologi Korea Selatan dengan alat kombinasi bahan logam dan plastik yang menjadi tempat pembiakan mikroorganisme dalam sungai.
Pembiakan mikroorganisme  membantu meleraikan bahan tercemar sekali gus membersihkan air sungai.
Alat itu mempunyai ketumpatan yang sama dengan air yakni berada pada paras air, dan tidak terapung atau tenggelam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast