Spurs bina stadium 2 dalam 1 pertama dunia

LONDON – Kelab bola sepak Tottenham Hotspur menerusi laman rasmi Facebook mereka memperkenalkan stadium ‘dua dalam satu’ pertama di dunia yang bakal dibina oleh pasukan bola sepak itu.

Melalui video yang dimuat naik, ciri utama yang ada pada stadium itu adalah dengan dua gabungan padang berlainan iaitu padang bola sepak dan padang ragbi untuk perlawanan NFL.

Ciri tersebut merupakan yang pertama akan dibina di dunia.

“Pertama di dunia, membahagikan padang bola sepak untuk Tottenham. (Kumpulan) SCX akan membekalkan padang bola sepak yang pertama di dunia, yang terdapat dua padang untuk stadium baru kami,” menurut laman itu.

Walau bagaimanapun, laman tersebut tidak memberikan butiran lengkap berkenaan proses pembinaan, kos dan sebagainya berkenaan pembinaan stadium itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast