Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.
Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dihalang daripada melawat sebuah sekolah Cina di Sungai Lembu, Bukit Mertajam kerana bimbang ia akan digunakan untuk tujuan berpolitik.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, Guan Eng sering membuat tuduhan buruk terhadap kerajaan pusat dan tidak menolak akan menggunakan sekolah pula dengan mengeluarkan kenyataan berbau politik.

“Guan Eng juga sering mencari kesempatan menuduh kerajaan pusat apabila Kerajaan Pulau Pinang memberikan sumbangan kepada sekolah di negeri itu,” kata beliau dipetik berkata dalam akhbar China Press.

Menurut Sin Woon, menteri pendidikan mempunyai kuasa sama ada membenarkan Guan Eng mengadakan lawatan ke sekolah Cina atau tidak.

“Bagaimanapun, saya tidak pernah meminta Guan Eng mengirim surat kepada jabatan pendidikan negeri untuk membuat permohonan supaya membenarkan beliau mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan,” katanya lagi.

Melalui sepucuk surat yang dikirim Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman pada 6 September lalu, memaklumkan bahawa Guan Eng tidak dibenarkan melawat sekolah berkenaan. – MalaysiaGazette