SUBANG – Kelab percutian, HVT Vacation Club (HVT) menyasarkan untuk bekerjasama dengan beberapa hotel di luar negara pada tahun 2018 dalam usaha memberi ganjaran kepada ahli-ahlinya.
Pengarah Korporat HVT, Datuk Seri David Tan berkata, antara hotel-hotel terbabit adalah Gold Coast Hotel (Australia), Royal Tulip Victoria Hotel (Bali) dan hotel bertaraf lima bintang di Thailand, Kemboja, Vietnam serta Myanmar.
Jelas beliau, HVT juga memiliki perancangan mempunyai lebih daripada 200 hotel butik yang terletak di seluruh Asia pada masa akan datang.
“HVT kini memberikan tiga ganjaran unik untuk ahlinya apabila mereka akan menerima sejumlah ganjaran sebaik sahaja mereka mendaftar.
“Dengan menggunakan mata ini, ahli akan dapat menikmati penginapan mereka di mana-mana hotel di bawah HVT secara percuma.
“Ahli juga boleh menempah penginapan mereka melalui perkhidmatan HVT tanpa perlu melalui pelbagai saluran untuk mengelakkan kerumitan.
“Untuk mata yang tinggal, mereka juga boleh memilih untuk menukarkan kepada wang tunai. Jadi dengan menyertai HVT, ahli juga akan memiliki harta di bawah nama mereka sendiri,” katanya.
Tan menambah, pihaknya sentiasa percaya bahawa hubungan erat jangka masa panjang dengan ahli dan kepercayaan yang diberikan oleh pelabur dalam dan luar Negara akan membuahkan hasil yang positif.
Sementara itu, HVT merupakan sebuah kelab yang eksklusif yang menawarkan sistem ganjaran unik untuk pelabur mereka.
Kelab itu telah ditubuhkan oleh David selepas melalui pelbagai rintangan dan halangan namun berkat kecekalan, beliau berjaya membawa nama HVT semakin popular..
Kini HVT merupakan satu kumpulan rangkaian hotel yang paling cepat berkembang di Malaysia.
David merupakan anak kelahiran Kelantan mempunyai 20 tahun pengalaman di bidang perniagaan yang diceburinya. – MalaysiaGazette