Seorang tukang gunting ditahan semalam, selepas dipercayai merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun di sebuah kedai di sini.
Gambar fail
SEREMBAN – Dua penjenayah bukan sahaja memecah masuk ke dalam sebuah rumah, malahan cuba merogol tuan punya rumah yang sudah berumur 78 tahun.
Kejadian itu berlaku pada pukul 8 malam di sebuah rumah kediaman di Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis lalu.
China Press melaporkan, dua pencuri itu tidak berpuas hati apabila sekadar menjumpai duit syiling berjumlah RM20 dan wayar tembaga bernilai RM90 dalam rumah yang dipecah masuk.
Warga emas yang sedang tidur dikejutkan oleh dua peceroboh keturunan India yang dipercayai kemabukan. Salah seorang daripadanya memakai helmet manakala seorang lagi berkepala botak.
Warga emas itu ditampar dan dipukul menggunakan alat logam dan papan selain diberi amaran supaya tidak membuat bising.
Salah seorang penjenayah kemudian mencabul bahagian dada warga emas serta meminta mangsa untuk melakukan seks oral ke atasnya.
Pencuri itu bagaimanapun tidak sempat melempiaskan nafsunya kerana digesa untuk meninggalkan tempat kejadian oleh rakan pencuri yang lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast