Shaiful Haziziy

ALOR SETAR – Wakil rakyat pembangkang di Kedah didakwa lepas tangan membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, rata-rata mereka mengambil sambil lewa masalah rakyat.

“Malah sebahagiannya langsung menghilang diri dan tidak ambil peduli pengundi yang memilih mereka selama ini.

“Kehilangan mereka ibarat satu lirik lagu popular “hang pi mana, hang pi mana”

“Amat dikesali mereka hanya sibuk bicara soal mahu bina negara. Menjaja ceramah menghasut disini sana walhal keperluan mangsa banjir di kawasan terabai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy, dalam kebanyakan bencana, jentera UMNO mengambil peranan yang diabaikan wakil rakyat pembangkang.

Jika aspek pengurusan risiko dan krisis yang melibatkan rakyat masih gagal difahami, dihayati oleh pimpinan Pakatan Harapan dua persoalan boleh ditimbulkan.

Pertama bagaimana mungkin mereka mahu memenuhi aspirasi dan keperluan rakyat Kedah semasa berlakunya krisis dek kerana kurang sikap kepedulian yang menjadi amalan selama ini?

“Kedua, berdasarkan bukti rekod, pimpinan pakatan harapan hanya bijak memberi alasan, beretorik dari berusaha melakukan tindakan sepertimana yang telah terbukti melalui pengalaman BN dan UMNO selama ini dalam soal pengurusan bencana.
,” soalnya.

Justeru, menurutnya, PH bukanlah opsyen terbaik untuk menjadi pilihan kepada rakyat Kedah diatas segala tindak tanduk mereka selama ini yang cukup mengecewakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast