KUALA LUMPUR – Sejak kes khianat menjadi punca kebakaran pusat tahfiz baru-baru ini – isu keruntuhan moral dalam kalangan pelajar benar-benar ‘menyesakkan’ dada kita.
Kali ini tular pula cerita seorang pelajar sekolah memukul ibunya sendiri gara-gara tidak dapat wang dan video yang sama cukup menganggu ramai netizen.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di kediaman mereka di Flat Bukit Teratai dekat Ampang pagi Selasa dan pelajar itu bernama Syukri yang baru berusia 16 tahun.
Menurut beberapa netizen, pelajar berkenaan telah ‘melarikan diri’ selepas tular rakaman video di media sosial. – MalaysiaGazette