Home Dunia AS usir diplomat Cuba

AS usir diplomat Cuba

WASHINGTON – Amerika Syarikat mengusir 15 diplomat Cuba selepas mendakwa Havana gagal melindungi diplomat negara itu dari serangan misteri.

Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez menyifatkan tindakan Amerika Syarikat itu sebagai “tidak boleh diterima”.

Tindakan dilakukan susulan Jabatan Negara mengurangkan lebih daripada separuh diplomatnya dari Havana.

Hampir 24 orang kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat di Havana telah mengalami masalah kesihatan akibat serangan misteri.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Rex Tillerson berkata, keputusan itu dibuat selepas Cuba gagal mengambil tindakan untuk melindungi diplomat-diplomatnya mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah Konvensyen Vienna.

“Perintah ini akan memastikan kesaksamaan dalam operasi diplomatik masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Diplomat-diplomat Cuba diberi tempoh tujuh hari untuk meninggalkan Amerika Syarikat.

Sekurang-kurangnya 21 orang kakitangan Amerika Syarikat yang bertugas di kedutaan negara itu di Havana dilaporkan mengalami masalah kesihatan termasuk trauma otak, pekak, sakit kepala dan muntah-muntah.

Sebelum ini, ada laporan menyebut ia adalah serangan sonik tetapi ia tidak dapat dibuktikan. – MalaysiaGazette